Assalamualaikum.
Untuk kamu,
Firstly, aku mahu minta maaf seandainya kata-kata aku akan mengguris hati kamu. Apa yang kamu faham mungkin bukan apa yang ingin aku sampaikan. Aku ikhlas. Aku ingin berbicara dengan kamu. Tetapi melihat wajah kamu yang begitu membenci aku, aku risau aku akan memburukkan lagi keadaan.
Kita kenal 26 June 2011. Katil kamu bawah katil aku. Yea, kita berkongsi katil yang sama. Saat itu, aku tahu, kita mungkin akan menjadi kawan baik. One word, rapat. Lebih-lebih lagi kita belajar kursus yang sama Diploma Grafik dan Media Digital. Kamu pula bercerita bahawa dulunya kamu dari aliran grafik. Mungkin kamu sebisa mungkin dapat mengajar aku menggunakan software memandangkan aku masih baru dalam bidang ini.
Kamu,
Hahaa. Semakin lama kenal kamu, kamu membuat aku simpulkan tidak semua orang Kelantan 'sombong'. Maaf, aku tidak bermaksud untuk menghina, tetapi selama ini, itu pandangan yang orang Kelantan berikan pada aku. Sekali lagi, aku mohon maaf.
Kamu,
Kamu tahu, dalam ramai-ramai orang yang aku jumpa, kamu adalah perempuan paling lurus sekali. Kamu selalu bertindak ikut perasaan dan bukan akal. Terkadang sikap kamu itu menimbulkan kebimbangan. Sungguh, aku risau dalam setiap tindakan yang kamu buat. Entah kenapa, aku rasa kamu seperti seorang adik yang harus aku jaga walaupun hakikatnya kamu tua dari aku.
Kamu banyak kali dikecewakan lelaki. Lantas itu, aku risau setiap kali kamu berpacaran dengan yang baru. Risau nasib yang sama terjadi lagi pada kamu. Lantaran itu, aku acap kali nasihati kamu perihal pacar baru kamu. Aku bukan mahu melarang. Yea, itu diri kamu. Kamu berhak putuskan apa yang kamu mahu buat. Tapi kerisauan itu tetap hadir. Kenapa? Kerana kamu rakan aku. Kawan aku.
Kamu,
Mungkin kamu salah faham akan niat aku. Aku tahu. Aku tidak pandai berkata-kata tetapi aku telah cuba sebaik mungkin untuk nasihat dalam berhemah kerana aku tahu, lontaran kata aku terkadang menimbulkan kesalahfahaman. Aku tahu. Aku in-the-process untuk mengubahnya.
Kamu,
Lately kita gaduh. Kamu tidak mahu bercakap dengan aku. Aku tidak tahu atas kesalahan apa. Aku mahu bertanya tetapi kamu seolah-olah sudah mulai membenci aku. Aku takut melihat riak muka kamu. Tidak mengapalah. Mungkin pacar kamu sekarang lebih baik daripada yang sebelumnya, dapat menjaga kamu. Harapnya begitulah. Supaya, aku tidak perlu lagi risaukan tindak tanduk kamu.
Kesalahfaham ini membunuh aku dari dalam.
daripada seorang yang FUTURE-TO-BE ex-her friend
Ety
No comments:
Post a Comment