Saturday, September 29, 2012

Istikharah Cinta [1]

Assalamualaikum.

Jeritan tanpa suara aku hari ini adalah cerpen baru aku mahu buat. Mungkin pendahuluannya kali ini agak kurang difahami. But, try la baca, okey? ^^,

Istikharah Cinta - Aku Si Kelkatu

Umpama pungguk rindukan bulan, aku si kelkatu menanti peluang berjumpa si bulan. Hanya pabila si pungguk puas melampias rindunya sahaja, baru aku bisa meluahkan rinduku. Hanya seusai itu. Aku bukan sesiapa. Mungkin si dia juga tidak pernah menyedari aku merindui si dia. Kelkatu tidak pernah inginkan perhatian si bulan. Cahaya bulan sahaja sudah cukup bagi kelkatu. Meskipun sinaran itu bukan dirasmi olehnya.

Mengenali dirimu merupakan detik terindah dalam hidup aku. Masih ingatkah dikau saat itu?

'Aku bukan sengaja nak pegang dia, dia tarik tangan aku'

Alasanmu membuat aku tersengih. Kau bukan urusanku. Mana mungkin aku masuk campur atas urusan yang bakal membuat aku masuk ke dalam hidup kau. Lantas aku membalas, 'Aku tidak berbicara apa pun. Itu semua terserah pada kau. Kau punya pilihan, dosa atau pahala. Dengan menyentuh seseorang yang bukan muhrim bagimu, kau sudah tahu apa akibatnya, tidak perlu aku berbicara seterusnya.'

Dan semenjak itu, kau umpama sang lintah yang tidak pernah lepas setelah bertemu mangsanya. Setiap kali kita berselisihan, kau tidak akan pernah penat untuk bertanyakan aku sesuatu. Jujurnya, aku gembira dalam setiap perselisihan kita walau aku tahu, aku cuma sesuatu bernama alat untuk kau.

'Roomate kau si dia kan? Boleh kau kenalkan kami?'

Cerahnya sang bulan bukan untuk selamanya. Adakalanya sang awan datang bertamu. Munculnya sang awan membuat pungguk dan kelkatu sengsara. Tetapi, yang paling berduka adalah sang bulan, risau akan laranya sang pungguk. Kelkatu tidak pernah wujud. Dan kala itu hanya awan yang tahu. Tutupnya sang bulan  kerana sinarnya menyakitkan si kelkatu bagi sang awan. Dan melihat si kelkatu berduka, itu bukanlah af'alnya. Mereka terperangkap dengan perasaan masing-masing. Semuanya tidak mahu berbicara. Cukuplah perwatakan meluah segala. Malangnya, tiada yang mengerti. Tiada.

'Kau suka dia? Luahkan padanya. Sebulan sahaja lagi, pelajaran kau habis di sini. Ini sama sekali bukan kau yang aku kenal.'

Bukan aku tidak mahu. Si dia tidak pernah menaruh hati padaku. Si perawan itu yang ingin dimilikinya. Si perawan itu yang si dia ingin jadikan makmumnya. Bukan aku. Si perawan itu yang acap kali disebutnya. Bukan aku. Aku cuma perantaranya sahaja. Sudah dimaklumkan oleh si dia padaku ba'da kuliah tadi, habis sahaja pengajian, pulang sahaja ke Malaysia, si perawan itu yang akan disuntingnya. Dan aku sama sekali tidak mampu berbuat apa-apa. Aku berserah. Allah sahaja yang tahu perasaan aku tika itu.

'Kau tahu bukan, si dia rapat dengan perawan-perawan di Mesir ini. Aku bukan tandingan mereka'

'Beristikharahlah. Jodoh kita ditentukan olehnya. Apa sahaja mungkin berlaku.' Mereka saling mencintai. Rakanku mengakuinya sendiri. Aku cukup gembira dengan pengakuannya itu. Kami berpelukan.

Seandainya kau bukan milikku, aku redha. Ini istikharah cintaku...



Bersambung....

[Having faith in Allah, trust him.]



Belajar dah nak habis, yeay, boleh bercerpen semula. >.<"
Melepas gian. (Watak bulan, pungguk, awan dan kelkatu tidak akan pernah aku buang dalam penulisan aku. Mereka adalah ilham!)

Peon*

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment