Re-post cerpen lagi. >.<
“Kalau girl yang ucap kata cinta dulu, apa pendapat kau?” soal Sarah. Aduh, kenapa girl ni tanya aku soalan macam tu? Aku terdiam seketika. Memandang ke arah langit. Ku kerling dia yang sedang meminum air kesukaannya, 100 Plus. Lesung pipit kelihatan di pipi kirinya.
“For me, depends la. Kalau kena dengan boy yang tak kisah and boy tu pun suka kat girl tu, okey la,” jawabku. Betul ke apa yang aku cakap ni ye? Argh, susah betul la kalau lepak dengan budak ni. Masalah hati je dia nak tanya. Mentang-mentang la kerja part time dia penulis novel.
“Bagi kau?”. Gulp!
“Kenapa? Kau syok kat aku ke?”. Dia menggeleng laju.
“Aku just asking for my new novel.”
“Novel baru lagi? Well, kali ni apa tajuknya? Ni aku kena minta komisen ni. Banyak pakai ayat aku.”
“Saat Terakhir,” jawabnya ringkas. Petang ni tak banyak cakap pulak budak ni. Pandangannya asyik tertumpu ke langit. Angin menderu lembut. Dia menarik snow cap yang dipakainya.
“Nazrol, kau suka aku tak?”soalnya tiba-tiba. Aku menarik nafas. Fuh, soalan yang aku boleh agak bakal ditanya olehnya. Kebelakangan ni student lain sering tanya kitaorang yang kami ni couple ke? Mungkin kerana kami asyik kelihatan bersama. Well, maybe dia pun fikirkan benda yang sama. Aku tak tau apa yang dia rasa tapi aku….
“Aku dah agak kau sure akan tanya aku benda alah ni. Well, aku sukakan kau, tapi aku tak nak kau menaruh pape kat aku. Kita still student. Banyak lagi yang perlu kita fikirkan selain benda ni. Kau ada kelebihan dan kekurangan. Tapi itu yang specialnya tentang diri kau. Aku sukakan kau.. sebagai kawan”. Dia tersenyum.
“Kau jangan la serius sangat. Aku just tanya la. Bukannya aku minta kau jadi boy aku. And jangan sesekali bagi jawapan yang menjaga hati aku. Aku accept apa je yang kau nak cakap,” ujarnya lembut. Memang kelembutan sentiasa melingkari setiap kata-katanya.
“Sarah, kau kenapa petang ni? Macam ada problem je. Hei, kau tak macam selalu la.”
“Hmm.. tak sia-sia kau jadi kaunselor aku. Faham je apa aku rasa. Aku nak balik la. Penat betul hari ni. Salam.” Dia lantas melompat dari tembok tempat duduk kami. Aku mengikutnya.
Kenapa perasaan aku tak tenang sejak girl tu tanya soalan benda alah tu ye? Aku feel something je ni. No! Jangan kata aku like budak kecik tu? Nonsense! Buku Psychology Gorgeous yang aku baca ni pulak kenapa tak masuk satu pun isinya? Esok dah la ujian mid sem. Sesal betul la follow budak tu tengok show parkour petang tadi. Seriau!
“Abang, abang busy ke? Nad nak tanya something pasal chemistry nia la. Nad tak faham bab ni.” Nadia, satu-satunya adik yang aku ada tup-tup lak muncul dalam bilik aku ni. Budak ni memang tak pandai nak ketuk pintu dulu betul la.
“Tadi busy tapi baca-baca macam tak masuk fikiran la. Hmm.. Tanya la,”jawabku. Dia mendekatiku. Buku teks kimia tingkatan empat beralih tangan. Chemical formulae, oh, tajuk ni. Senang-senang. Aku menerangkan dan menunjukkan cara mudah menghafal formula bab ini kepadanya. Nadia mengangguk-angguk. Faham la tu agaknya.
“Nadia, apa Nadia akan rasa kalau Nad suka seorang boy ni and you spoke to him but then boy tu tolak Nadia?”. Entah kenapa aku main tanya kat adik aku ni. Dia masih memandang bukunya.
“Maybe Nad akan malu untuk berdepan dengan boy tu dah.”
“Oh.”
“Oit, kau menung apa ha?” soal Sarah Aku terkesima dengan kehadirannya yang agak tiba-tiba. Buku Pra-Empire yang kubaca pantas kututup. Senyuman antara ikhlas dengan tidak je aku hulurkan. Semenjak petang hari tu, aku jadi segan untuk bertemu dengan budak ni. Padahal benda tu dah dekat seminggu berlalu. Tongong la aku ni.
“Nothing la. Just study untuk test mid sem. Kau senang la.”
“Kau ni over stuggle la. Just relax ok. Kat Floor Rockstar ada show parkour dari Melbourne . Jom.”
“Kau dengan parkour kau je la. Berapa jam?”. Mungkin rasanya aku tak perlu tanya soalan ni. Aku memang dah tahu. Mesti satu jam punya la. Berada disampingnya membuat aku sentiasa merugikan satu jam masa belajarku.
“An hour je,” jawabnya tersenyum. Kulihat mukanya macam lebih pucat daripada biasa. Kenapa ye? Atau aku sahaja yang berperasaan lain macam?
“Nadia, kalau ada boy yang declare that Word kat Nad then Nad refuse kat dia and after that dia just buat muka steady je bila jumpa Nad, what your conclusión?”. Nadia tergelak mendengar bicaraku tentang isu yang tak pernah-pernah ingin aku bangkitkan.
“Well, boy tu just main-main dengan kata-katanya. Abang, apa yang susahnya nak sebut perkataan cinta?”. Ish adik aku ni. Banyak songeh pulak dia.
“Kau budak-budak. Apa kau tahu?”. Dia tak serius dengan kata-katanya? Argh, kenapa aku kisah sangat benda ni? Biar je la.
Aku tak tahu kenapa tapi aku sudah mula menjauhkan diri daripada Sarah. Entah sudah berapa kali panggilan telefonnya tidak kuangkat dan mesejnya tidak kubalas. Aku merasa bersalah namun, aku tidak mahu mendera perasaan aku lagi. Berada disisinya membuatkan aku tertarik untuk memilikinya. Bila hal itu berlaku, aku yakin, kami tak mungkin akan serapat sekarang.
Hal ini berlanjutan hingga ke sem dua. Aku dapat tahu dari member-member yang lain, dia bakal keluar dari matrikulasi ni. Apa sebabnya? Entah la. Aku berminat juga untuk mengetahuinya tetapi fikiran ini mencegah daripada jasad untuk menggerakkannya.
“Abang, tolong bawa Nad ke kedai buku boleh tak?”. Sia Nadia ni. Macam la aku ni driver dia. Dah la everytime aku bawa dia naik EX5 aku tu, asyik melalak je. Laju sangat la, itu la, ini la. Banyak songeh!
“Ye la. Tapi duit minyak lain kira tau,” ujarku. Dia tersenyum.
Hmm.. ini la girls. Kalau dah sampai kat rak novel, bukan main lama lagi berdiri membaca sinopsis cerita tu. Melihat akan satu novel bercover putih dan ada girl and boy sedang tengok parkour menarik perhatianku. Saat Terakhir. Okey, must buy!
“Aku dah nak mati, Naz..”
Mendengar ungkapan Sarah ketika aku menelefonnya sebentar tadi membuat jantung aku hampir berhenti berdegup. Dia menghidap barah otak dan akan menjalani pembedahan beberapa jam lagi. Novel Saat Terakhir yang dikarang olehnya benar-benar mengisahkan perasaannya padaku. Dia memang sukakan aku sejak dulu lagi. Tetapi dia hanya pendamkan kerana risau aku akan menolaknya. Dan ketika soalan itu benar-benar dihadapkan ke arahku, jawapannya amat tepat. Namun, dia tetap anggap biasa kerana tak mahu aku jauh darinya. Dan hakikatnya, aku semakin jauh untuk dia kejar.
Seandainya~
Ini mesej terakhirnya untukku sebelum dia memasuki bilik pembedahan. Oh, tidak! Tuhan, tolong jangan ambil dia sebelum aku mengungkapkan kata cintaku untuknya. Aku sayangkan dia…
Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun kumenyangka
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri
begitu sulit ku bersangka
begitu sepi kurasakan
kau akan pergi tinggalkan kusendiri
di bawah batu nisan kini
kau telah sandarkan kasih sayang mu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
kerna kusangat cinta
inilah saat terakhirku
melihatkanmu jatuh air mataku
menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu dihati ku
namun bagiku melupakanmu
butu waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa sayangi kamu dihatiku
namun bagiku melupakanmu
butu waktuku seumur hidup
dinantiku
-Sarah
PS: Okay, dulu zaman Form 4 aku minat dengan parkour dan kisah ini ada kaitannya juga dengan hidup aku. Asra/Sarah. I like~ :))
*Peon
*Peon
No comments:
Post a Comment