Salam Raya Korban (banyak salam aku beri hari ini. :D)
Re-post cerpen yang akhir. Ini masa Form two rasanya. Teringat cerita daripada kawan baik aku masa belajar di SBPI Gombak. >.<" Miss her !! Farah <3
Salahkah Pak Kacip?
Dalam menempuh zaman yang berorientasikan kemodenan, masih ada lagi kerajaan yang tidak mahu menembusi arus globalisasi dunia. Kerajaan yang dimaksudkan ialah Kerajaan Mulut. Mereka tidak suka dengan kedatangan Kerajaan Dentist yang sering mengonarkan Tebing Gusi. Sehinggalah suatu masa, Raja Lidah selaku pemerintah Kerajaan Mulut mengisytiharkan damai antara meraka kerana Kerajaan Dentist menyakitkan mereka adalah untuk mencantikkan mereka.
Suatu hari, Kerajaan Mulut huru-hara dengan khabar ‘Pak Kacip membunuh anak Pak Geraham’. Pak Geraham menyalahkan Pak Kacip kerana MENCABUT nyawa anaknya. “We’ll see in court!” jerit Pak Geraham. Pak Kacip kemudiannya dihadapkan ke mahkamah. Pak Taring menjadi pendakwaraya manakala Pak Kapak menjadi peguam bela. Raja Lidah sebagai hakim. Rakyat dari seluruh kerajaan datang untuk melihat siapakah yang bersalah.
“Bangun,” ujar Anak Tekak sebaik sahaja Raja Lidah datang. Selepas Raja Lidah duduk, semua yang hadir turut duduk.
“Okay. What’s the matter?” soal Raja Lidah. Sebelum Pak Taring sempat menjawab, Pak Geraham menjerit seperti gigi banyak kerak (hilang akal), “Dia bunuh anak saya! Pak Kacip bunuh anak saya!!”.
Perbicaraan pun dimulakan. Pak Taring memanggil saksi pertama iaitu Cik Lelangit. “Cik L, apa yang Cik L nampak pada hari kejadian?” soalnya
.
“Err… Saya lihat Pak Kacip mencabut Nak Geraham.”
“Menurut saksi, sudah terbuktilah itu pesalahnya!” tunjuk Pak Taring ke arah Pak Kacip. Pak Kacip terkedu. Namun Pak Kapak cuba menyurutkan perasaan Pak Kacip dengan memanggil saksi yang sama.
“Apa yang kamu nampak pada Nak Geraham pada hari sebelum hari kejadian?”.
“Well, disekeliling Nak Geraham terdapat something yang solid kekuningan dan malam itu, Nak Geraham terumbang-ambing seperti mahu tertanggal dari Tebing Gusi.” Pak Kapak kemudiannya memanggil Cik Toothbrush sebagai saksi kedua. Beria benar dia mahu menyelamatkan nyawa ‘benda’ yang telah membetulkan kedudukan isterinya, Mak Kapak dari Tebing Gusi.
“Ketika kamu memberus Nak Geraham pada pagi kejadian, apakah yang berlaku?”. Cik Toothbrush menjawab,
“Cik T pelik berserta hairan because selalunya, Nak Geraham okay sahaja, tetapi pada hari itu, dia… dia…”. Kata-kata Cik Toothbrush terhenti apabila melihat jelingan tajam Pak Geraham.
“Nevermind. Carry on,” beritahu Pak Kapak.
Cik Toothbrush lalu menyambung, “Dia seakan-akan mahu terjatuh dari Tebing Gusi. Jadi Polis Lima Jari Tangan Bersaudara mengarahkan saya supaya berhati-hati ketika memberus Nak Geraham.” Raja Lidah memandang Polis Lima Jari Tangan Bersaudara. Mereka mengangguk menyatakan kesahihan.
Setelah pemerhatian dibuat, Pak Kacip disahkan tidak bersalah. Diluar mahkamah, Pak Geraham bertindak secara agresif. Dia menendang-nendang Pak Kacip. Dia ludah Pak Kacip. Dia tengking Pak Kacip. Semua yang ada di situ memandang Pak Kacip dengan penuh belas kasihan. Siapa yang tidak kenal dengan sikap Pak Geraham yang panas baran itu?
“Aku tidak bersalah Gera . Kerajaan Dentist beritahu, Mak Geraham akan melahirkan Nak Geraham Junior. Dalam masa beberapa hari nanti, muncullah. Kalau dia tidak muncul-muncul juga, kau bunuhlah aku. Aku tidak kisah” ujar Pak Kacip.
“Argh, I don’t believe it!” jerit Pak Geraham.
“Kenapa? Tak percaya? Believe it or not, kau kena percaya. Aku tahulah kerana aku berpengalaman dalam bidang ini,”sampuk Tok Gigi Emas.
Seminggu berlalu dan Nak Geraham Junior masih tidak muncul. Pak Kacip pun dimusnahkan. Satu saat selepas Pak Kacip hancur, Nak Geraham muncul seraya berkata,
“Maaf Pak. Polisi baru dalam Kerajaan Mulut mewajibkan gigi baru kena belajar hancurkan makanan dulu.” Pak Geraham berasa bersalah. Dia nekad membunuh diri atas bantuan Cik Benang. Raja Lidah berpendapat untuk menggantikan tempat Pak Geraham dengan Nek Gigi Emas bagi menemani Tok Gigi Emas yang sudah lama menduda. Tok Gigi Emas tersengih-sengih persis kerang tak cukup masak!
*Peon
(Dulu suka buat cerita guna dialog iklan di media. Kenapa? Tak percaya? :P)
(Dulu suka buat cerita guna dialog iklan di media. Kenapa? Tak percaya? :P)
No comments:
Post a Comment