Friday, October 26, 2012

Seri-ku


‘Kau benci aku.’

Aku terdiam mendengar kata-katanya. Satu ayat itu cukup untuk menggambarkan apa yang aku rasa padanya saat ini. Sungguh, tidak mampu untuk aku ungkap padanya, tetapi hari ini, ayat itu terurai dengan sendirinya di bibir si dia.

‘Kau tinggalkan aku dan Rizky demi perempuan lain. Beri aku sebab untuk tidak membenci kau!’

‘Kau tidak melayan aku selayaknya sebagai suami kau. Budak talasemia dan bisu itu juga yang kau tatang bagai minyak yang penuh.’

‘Itu anak kita.’

‘Aku tiada anak cacat macam tu.’

‘Sudah!’

‘Ini terakhir kalinya kita berjumpa dan berbincang macam ni. Aku ceraikan kau.’

Angin menderu lembut. Helaian rambut yang menghalang pandangan, kuselitkan dicelah telinga. Rizky melangkah perlahan kearahku. Si anak kecil itu memandangku polos, cuba meminta pertolongan menyeberangi titian kecil di batas petak sawah padi.

‘Kiki mahu ke sini ke?’. Si kecil itu menghulurkan sebiji gula-gula. Aku tersenyum, mengusap rambutnya yang halus. Sakitnya menyebabkan rambutnya tidak mungkin tumbuh seperti kanak-kanak normal. Air mataku menitis saat si dia memelukku. Tangannya mengusap belakangku, itu selalu menjadi tanda sayangnya si dia pada seseorang.

‘Berapa lama lagi kau mahu disini? Bila kau nak pulang ke Kuala Lumpur?. Itu soalan yang acap kali sudah aku dengar. Di Sekinchan-bumi sawah padi ini aku melarikan diri dari sesuatu, seseorang mungkin dan Ibu Andeh merangkap ibu saudaraku menjadi tempat untuk aku bernaung buat seketika.

‘Seri akan pulang tetapi bukan sekarang. Seri cuma ada Ibu Andeh sahaja, tolong beri Seri masa?’

‘Perubatannya Kiki bagaimana? Bila lagi tranfusi darahnya?’

‘Dua minggu lagi.’

‘Pulang ke Kuala Lumpur!’ arahnya tegas. Aku terkedu. Ibu Andeh…

‘Aku bukan menghalau kau Seri, fikir tentang anakmu. Di sini bukan tempat kau.’

Aku pulang, yea, aku pulang…

‘Mana pula kunci ni?’. Aku mengomel sendirian. Entah dimana terselitnya kunci apartmentku ini. Segala barang di dalam beg tangan, aku keluarkan. Si Rizky kemudiannya mengumpul tiap satunya barang tersebut di tangannya. Aku mengeluh.

‘Err, you somehow tengah cari something. Misplaced letak kunci ke?’. Tiba-tiba seorang lelaki menegurku daripada belakang. Aku mengangguk laju. Chinese?

‘Urm, yeah. I don’t think I can find it in those bags if dalam bag tangan I ni pun tiada,’ jawabku sambil menunjukkan dua beg besar di sebelah Rizky.

‘Perhaps you should call orang to buka mangga tu. Sorry, can’t seems to help much. Don’t major in it.’ Lelaki itu menjawab jujur.

‘I just moved here a few days ago. I thought rumah next door ini kosong. Tidak sangka ada gadis cantik jadi jiran I. Ouh, by the way, I’m Teo. But for you, Ayyat is okay.’ Tangan lantas dihulur.

Huh? What he said? Gadis cantik? Teo but Ayyat?

‘Excuse me. Chinese?’ soalku dan si dia mengangguk. Salam tangannya disambut Rizky.

‘Your son urm?’ dan giliran aku pula menggangguk.

‘Seri and this is, Rizky.’

Ayyat kemudiannya mengeluarkan sebuah kamera instant daripada beg yang disandangnya. Dua kali snap, dan gambar aku serta Rizky kini ditangannya. Di poket kecil beg tersebut, dikeluarkan sebatang lollipop dan dihulurkan pada Rizky. Anak kecil itu menerimanya dengan senang hati.

‘Rizky umur berapa?’soalnya.

‘5 and he can’t talk.’ Ujarku.

‘Ops, I’m sorry.’

Itu pertemuan pertamaku dengannya dan sejak itu Ayyat menjadi rapat denganku dan Rizky. Malah, setiap kali temujanji Rizky bersama doctor, Ayyat akan ada bersamaku. Menenangkanku saat diri ini tidak sanggup lagi melihat tangisan si kecil itu setiap kali pemindahan darah dilakukan. Kameranya juga menemani kami. Setiap emosi harian diabadikannya di dalam kameranya. Ingin sekali aku melihat gambar-gambar tersebut tetapi tidak dibenarkan Ayyat.

‘If you don’t mind, can I ask something personal?’ soalnya saat kami berjalan-jalan di taman permainan berhampiran dengan apartment. Ayyat lantas mengajakku duduk di kerusi yang disediakan.

‘Yeah, sure.’

‘Papa Rizky …’

‘Kami dah bercerai setahun yang lalu. Dia tidak mahu menjaga Rizky dan perhatianku terhadap Rizky menyebabkan dia mencari perempuan lain sebagai isterinya yang kedua.’

Aku mengeluh. Hatiku sebak tiba-tiba. Bukan kerana mengenangkan perkara yang Haiqal lakukan padaku, tetapi mengenangkan nasib Rizky yang ketiadaan ayah pada usianya yang amat muda.

Tiba-tiba aku ditarik kepelukannya Ayyat. Tangannya mengelus lembut rambutku. Perasaan ini…

Dan aku ditolak beberapa saat kemudian.

‘Ma…maaf. I shouldn’t do that. Sorry…’

Ayyat lantas berlalu.

Ayyat.

Sudah seminggu aku tidak melihat Ayyat. Pintu pagar rumahnya berkunci kemas. Selalunya dia pasti akan memberitahuku andai dia terpaksa kerja ke luar negeri meski kami berdua tahu, aku tiada apa-apa kaitan dengannya lalu tidak seharusnya hal tersebut dikhabarkan padaku. Jurugambar professional. Pekerjaannya sering membawanya ke serata tempat dan kerana itu dia sering berpindah mengikut permintaan syarikat.

Tetapi aku harus mengakui, aku rindu dia.

Kekosongan yang aku rasakan saat ini membuktikan, aku perlukan dia.

Ayyat…

Bunyi loceng dipintu membangunkan aku dari tidur. Aku  mengerling jam di sisi meja. 4.25a.m. Rizky sedang enak tidur memeluk patung dolphin kegemarannya. HTC One berdering…

Ayyat Teo calling…

Aku membiarkan telefon bimbit itu terus berdering. Entah kenapa, aku rasa aku patut berkelakuan sedemikian. Aku merajuk?

Aku melangkah perlahan ke pintu dan sebaik sahaja pintu terbuka,

‘Seri! Why won’t you pick up my calls?’ soalnya cemas. Ayyat.

‘Ayyat…’

Aku tidak sedar apa yang aku lakukan pada awal pagi tersebut. Menangis di hadapan rumah kerana Ayyat tinggalkan aku tanpa berita selama sembilan hari. Ketika Haiqal tinggalkan aku dahulu pun aku tidak menangis sebegini. Ayyat tersenyum melihat tingkahku.

‘I’m sorry. I dapat call dari company ada urgent business. So I rushing and tak sempat beritahu you. Sampai sahaja di Tokyo pun I really busy sampai tiada masa untuk call you. Even to shave my moustache. See?’ Dia menunjukkan misainya.

‘And I don’t know ketiadaan I akan effect you sampai macam ni. I cepat-cepat habiskan kerja I to cepat-cepat balik. I sendiri tak tahu apa yang terjadi dengan diri I. Why won’t you pick up my calls?’

Aku diam memandang bawah. Dia tersenyum lagi.

‘You merajuk?’

‘Please, kembali ke pangkuan aku, Seri. Perempuan tu tak guna. Dia cuma mahu mengikis duit aku,’.
Lelaki ini sudah tiga kali dating ke rumahku dalam minggu ini dan berulang kali permintaan itu disuakan. Aku hanya memandangnya simpati. Sejahat mana pun dia dahulu, Haiqal inilah pernah menjadi suamiku. Ayah kepada anakku, Rizky.

‘Sudahlah. Kau pulanglah. Kita dah tiada apa-apa.’

‘Seri, I think tonight we makan di luar, okay ta….k?’ pertanyaan Ayyat terhenti apabila melihat kehadiran Haiqal di muka pintu rumahku.

‘Ouh, you ada visitor. Hye, I’m Teo.’ Ayyat menghulurkan tangan dan dibalas dingin oleh Haiqal.

‘Ayyat, later boleh?’

‘O…kay.’ Dan Ayyat lantas berlalu masuk ke rumahnya.

‘Ini ke sebab kau tak mahu kembali ke pangkuan aku? Kau dah ada lelaki lain? Ayyat? Teo? Cina ke?

‘Chinese-muslim. Hidayat Teo.’ Aku mengetahuinya ketika dua minggu setelah kami berkenalan. Ketika itu, lampu utama rumahku meletup. Ayyat yang ketika itu baru pulang dari surau sudi menghulurkan pertolongan.

‘Dah tak ada Melayu ke?’

‘Ini bukan urusan kau’

‘Kau bekas isteri aku. Lagipun nak ke dia jaga Kiki?’

‘Dia bukan kau’

‘Kau jangan nak kurang ajar dengan suami kau ye Seri.’

‘Bekas suami.’

Aku mengeluh lemah. Wajah pucat Rizky semakin membimbangkanku. Bahuku ditepuk lembut berulangkali. Rizky tersenyum memandangku. Ujaran doctor sebentar tadi membuat kerisauanku menebal.

‘Masa dia sudah hampir. Berdoalah banyak-banyak. Maaf. Hanya sampai tahap ini dapat pihak kami lakukan.’

Aku tidak menyalahkan pihak hospital. Allah mendugaku. Talasemia. Penghidap talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh Rizky denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh Rizky menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Lebih-lebih lagi, jenis darah Rizky ialah O. Rizky hanya boleh menerima darah jenis O dan darah ini amat sukar diperoleh kerana kekurangan penderma. Aku sendiri bukan tergolong dalam darah jenis tersebut. Air mataku menitis perlahan.

‘Rizky... Urm, kalau kau masih rasa kau ayah dia, datanglah. Aku tidak memaksa tetapi berilah dia impression kau seorang ayah yang baik. Selama ini pun, aku tidak pernah mengaibkan kau dihadapan dia.’

Di luar wad, dapat aku saksikan tangisan Haiqal. Tangannya menggenggam erat tangan kecil Rizky. Untuk pertama kalinya aku melihat lelaki itu menangis. Keikhlasan tangisannya sama seperti ketika si dia melamarku dahulu. Ahh, kenangan…

‘Marry me again please? Qal janji Qal akan jaga Seri better this time.’

‘So you akan kahwin semula dengan ex husband you?’ soal Ayyat. Aku menggeleng.

‘Rizky…’

‘Arwah Rizky tak pernah dapat kasih sayang daripada dia. I tak mungkin dapat terima dia semula. Lagipun, bagaimana nanti dengan isteri dia yang sedia ada sekarang? I tak mahu jadi pemusnah rumahtangga orang.’

‘Then…’

‘Ayyat, I miss him. I miss him so much.’ Entah kenapa, saat ini aku begitu merindui Rizky. Sudah tiga bulan dia pergi dan setiap hari yang aku lalui dipenuhi dengan kenangan bersamanya. Tangisan terlerai.

Tubuhku dirangkul Ayyat.

‘Seri, marry me. Marry me!’

Aku terkedu dalam dakapannya.

Dua tahun kemudian…

‘Bi, it’s time for her breast feed. Come on.’ Bi, singkatan kepada habibi. Yea, itu dia suamiku, Hidayat Teo. Baby kami yang baru berusia dua bulan itu disayangnya mesra. Acap kali tubuh kecil itu dikucup dan di pelok.

‘Olorh, yela. Anggun, pergi kat mama ye. Mama jealous la tu Anggun asyik kat papa je.’. Fuji Instax ditekannya lalu sekeping gambar Anggun denganku terhasil. Gambar. Ketika kelahiran Anggun, aku dihadiahkan sebuah album gambar. Aku terharu sangat kerana didalamnya terdapat segala kenangan aku bersama Rizky dan segala emosi itu membuat aku amat menghargai kehadiran Anggun dalam keluarga ini.

Aku tersenyum. Jujurnya, aku bahagia bersama dengannya. Tersangat bahagia. Dihujung doaku setiap hari, diharapkan kebahagiaan ini berkekalan untuk selamanya. Haiqal juga dapat menerima dengan keputusanku memilih Ayyat. Isterinya juga sudah mula berubah. Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat yang kau limpahkan kepada kami sekeluarga. Amin.


P/S : Si dia sentiasa cemburu. Kenapa tak pernah ada watak aku dalam cerpen kau? Semuanya tentang orang lain. Entahlah, hahaa, aku kekeringan idea ketika bersama kau mangkuk ! Tetapi ini masih bukan tentang kau. 3 hari lagi akan aku update cerpen yang ada kaitan tentang kau ye. Heh.

*Peon



TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment