Friday, October 26, 2012

Kasih Sahabat

Assalamualaikum lagi.

Re-post lagi. Hehee. Cerpen zaman high school. Oleh itu bahasanya kadang kala buat aku nak tergelak kalau baca sekarang. XD


“An, kau tahu tak macam mana rupa Allah?” soal Hakimi. Aku terpaku. Tidak menyangka itu soalan yang akan diutarakannya. Buku past years additional mathematics kusisihkan ke tepi. Kutatap pandangan matanya. Dia tersenyum.

Ada seorang budak cina tanya aku. Kalau kau, apa yang kau akan jawab?”. Aku masih termanggu. Dia sekali lagi tersenyum.

“An, An. Macam mana nak jaga akidah ni. Kau jawab je la, selagi kau dapat membayangkan itu Allah, itu bukan Allah sebab Allah tak akan menyerupai apa-apa yang menyamai makhlukNya,” jawabnya. Wah, aku takjub!

Syazwan Hakimi atau Emy, seorang pelajar yang boleh dikatakan tergolong antara pelajar paling nakal disekolah. Sering ponteng sekolah, merokok, buli junior dan banyak lagi kesalahan-kesalahan lain yang membolehkan namanya menjadi buah mulut dalam kalangan guru-guru di SAM Jeram. Belakangan ini, kulihat dia sudah banyak berubah. Kenapa? Adakah ada sebab yang aku tidak ketahuinya?

“An, you know something. Kau la sahabat terbaik untuk aku dunia akhirat.”

“Emy, kenapa kau cakap macam ni?”

“Hahaa.. Aku saja je la Farhana. Wah, cam dah lama je tak sebut nama panjang kau”. Dia tersengih. Hmm. Tu je la kerja dia, Tersenyum dan tersengih.

Perkenalan kami bermula sejak dari Form one lagi. Macam mana ye nak cerita. Hmm.. ketika itu aku terjumpa dia sedang merokok di belakang surau bersama-sama kawan-kawan seangkatan dengannya. Aku yang sememangnya seorang pengawas yang tegas teruslah tarik dia masuk bilik disiplin. Sejak dari hari itu, kami terus rapat. Aku pun agak pelik tetapi itulah kenyataannya.

“An, congratulation eh menang debat hari tu,” ucap Hakimi. Aku memposing peace kepadanya.

“Eleh, comel la tu.”

“Of course. Untuk Emy kan..”

“Hmm.. An, aku ada question untuk kau.” Aku mengangkat kening.

“Silakan..”

“Apa tugas malaikat jibril?”.

“Oh, senang aje soalan kau ni.. mesti la menyampaikan wahyu.” Dia tersenyum.

“Tapi sekarang dah tak ada nabi. Apa pula tugas dia?”. Err.. pandai pulak budak ni buat trick. Nak jawab apa eh? Ah, tibai je la!

“Salah satu tugas malaikat ialah beribadah kepada Allah. So?”

“Bagusla kau ni An.”

“Tengok la siapa kan…” Ceh, poyo je. Hahaa..

Tapi aku lihat, senyuman dia tidak ikhlas seperti selalu. Aku khuatir dengan dirinya. Ya, dia ni bukan boleh percaya sangat. Mood senang nak berubah. Sebiji macam lalang. Tapi hanya mood dia sahajalah. Prinsip dia untuk tidak kembali ke perangai dia yang lama still digenggam sampai sekarang. Agak kagum juga dengan dia ni. Walaupun perangai sungguh kegilaan, tapi pandai. Suka tidur dalam kelas but mursyid mursyidah tak kisah pun. Yelaa… orang pandai. Kalau kami ni, sure kena peril, ‘kalau kamu semua ni pandai macam Emy tak pe la juga’. Heh..

Tanpa aku sedari sudah 5 tahun Emy tinggalkan aku. Dalam perjalanan untuk ke sekolah pada hari terakhir SPM, dia dilanggar oleh sebuah lori di hadapan masjid. Saat berita itu sampai ke pendengaranku, nyawaku umpama hilang tika itu juga. Namun, kata-katanya mematikan kesedihanku.

“An, kau pernah tengok angin tak?”

“Tak. Kenapa?”

“Tapi kau tahu kan yang angin tu ada?”

“Mestilah Emy..”

“Baguslah macam tu. Kalau suatu hari nanti aku dah tak ada. Ketahuilah, kasih aku untuk kau tetap ada. Kat sini.” Dia mendekatkan tangannya didadanya.

“Jangan jadi mat leleh la Emy.”

“Bukan mat leleh la. Rasulullah ada bersabda ‘sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah.” Aku terdiam.

“Apa yang membuat kau mengasihi aku?”

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”

“Emy, you freak me out.”

“Hahaa.. jangan ambil kisah la. Aku Cuma bergurau. Eh, kau nak pergi practise untuk debat kebangsaan kan.. I’ll pray for you.. last from me, I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?”

I’m someone who falsify herself towards someone whom she deniable. Terima kasih Syazwan Hakimi. Ukhuwah ini akan tetap aku pelihara.

p/s : kisah benar daripada seorang kawan kat SAM Jeram.. Tapi ubah sikit-sikit la.. Agak malas nak menaip, so memang betul-betul cerita pendek la.. ^_^


*Peon

Kaahkahhkahh, Kimi lagi jadi mangsa nama aku. I like H -name people. <3

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment