Sunday, September 30, 2012

Analog vs Digital

Assalamualaikum.

Untuk pertama kalinya aku menaip dikala cerahnya hari. Tertarik untuk menulis suatu kisah. Imaginasi diinspirasi oleh hobinya si dia. Sekadar untuk suka-suka dan mengimbau kenangan lama. Lama. Semuanya dalam sekelip mata.

Kisahnya bermula...

Ahh, aku lambat lagi ke kelas! Tiada siapa yang mengejutku hari ini. Aku tahulah mereka tidak suka akan kehadiranku di bilik itu. Aku juga pelik dengan kelayakanku dalam memasuki sekolah berasrama penuh ini. UPSR 3A 2B pun lepas ke? Aku umpama si bodoh yang ditempatkan dalam si pandai-pandai. Pandangan mereka semuanya sarkastik melihatku.

'Kau lambat lagi?'. Suara itu... 

Itu satu-satunya suara yang melayanku seperti seseorang yang normal. Serius normal. Seperti tidak kisah dengan 'kesalahan' aku yang salah masuk sekolah?

Aku mengangguk. 'Yep, tiada siapa kejut. Tertidur selepas subuh tadi.' Ditangannya, terlilit dengan strap kamera analognya. Sering kali kulihat dia mengambil gambar di sekitar sekolah meskipun bagi aku, tiada apa yang menarik untuk diabadikan dalam sekeping gambar. Buang filem je.

Itu pendapat aku, bukan si dia.

'Kau tertinggal nametag ke?' soalan lain bertamu. Aku menyeluk ke poket seragamku, Ya Allah !

'Saya tertinggal. Nak denda ke?'. Si dia pengawas, itu memang tugasnya. Melalui gosip liar yang aku dengar, si dia bakal dilantik sebagai ketua pelajar untuk tahun berikutnya. Tergamam aku untuk seketika pabila terdengar bunyi button kamera ditekan.

'Hari ini kau dilepaskan dengan gambar kau ini. Jangan berlaku lagi lain kali. Or, jangan ada lain kali.' Setelah mengucapkan kata-kata itu, si dia langsung berlalu. Yea, si dia memang emotionless. Senyumannya mahal. SANGAT mahal. Hanya orang-orang tertentu sahaja dapat melihat senyuman dan aku tidak tergolong dalam kalangan mereka.

Hari-hari aku disekolah ini berlalu tidak seperti yang aku harapkan. Umpama orang gaji tidak bergaji, itu aku. Setiap malam aku menangisi nasibku dan akhirnya, aku keluar juga dari sekolah ini dengan simpati mak aku. Aku bersyukur...

Sepuluh tahun berlalu tanpa aku sendiri sedari. Aku sekarang bekerja sebagai seorang penulis di sebuah syarikat majalah islamik tempatan. Aku bukan seorang yang bijak mengatur perkataan tetapi Alhamdulillah, rezeki aku sudah Allah tentukan di situ.

'Ty, bulan depan punya column kau buat dengan seorang freelancer baru, okay?'. Bos sudah mula membahagi tugas. Aku tersenyum. Harap-haraplah freelancer kali ini tidak kuat merungut. Kadang kala aku naik rimas dengan perangai 'naik tocang' si freelancer-freelancer ini, especially perempuan dan melayu. Aku bukan racist or sexist, tetapi itu adalah kenyataan sepanjang pengalaman aku bersama mereka.

Keesokan harinya aku dikenalkan dengan seorang freelancer photografi baru. Lelaki. Zahin Ashraff, nama nod bad. Tinggi dan berkaca mata. Pakaian kasual dan... strap kamera ditangannya membuatkan aku membatu.

'Aku Raff, kau?'

'Ty, just call me by that name.'

Ahh, serabut betul dengan mamat emotionless macam ini. Gambar yang si dia snap, semuanya random. Yea, TERSANGATLAH random. Aku tidak boleh bekerja dengan dia. Sengsara kalau semuanya ikut RANDOM dia sahaja.

'Kau tak ingat aku ke? soalku ketika kami menaiki bukit menuju ke Taman Empat Musim, Bukit Cahaya, Shah Alam. Dia asyik dengan analognya. Biru.

'Esok aku kerja, so maybe today last shoot kat sini,' balasnya. Si dia tidak memjawab soalanku. Mungkin dia tidak mendengarnya. Mungkin.

'Kau kerja apa?'.

'Engineer. Proton.'

'Gaji tak cukup ke sampai buat freelance?'

'Hobi yang bergaji.'

Dan hari itu berlalu dengan sepatah kutanya, sepatah jugalah si dia menjawab. Sampai sahaja ke pintu keluar, terdapat beberapa mat bangla jual aiskrim. Lalu aku mengajaknya memandangkan cuaca agak panas dan aku serius sudah lama tidak menikmati aiskrim macam ini.

Ketika mahu membayar, aku bertegas untuk membelanja si dia. Tetapi si dia menolak pula dengan alasan gajinya lagi banyak berbanding diriku dan kerana terlalu geram, entah bagaimana, aku menepis dompetnya sehingga terjatuh.

Kukutip dompet tersebut dan dapat kulihat, di sebalik kandungan dompet tersebut, adanya ...

'Ini gambar aku !'

[Love is blind.]

My analog picture? Here it is with my bestyy. Not related dengan cerita di atas. Credited to Syahmi sebab tolang snap dengan Diana mini dia.



Peon*

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment