Assalamualaikum.
Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Gemuruh? Itu sudah tentu. Entah harus bagaimana untuk aku jelaskan lagi apa yang sedang aku rasakan tika ini. Minggu ini adalah minggu terakhir aku berada di Kuantan. Selepas ini, entah mereka-mereka itu, aku jumpa lagi entahkan tidak. Entahlah. Entah.
Terlalu banyak entah. Itu suatu keraguan.
Belakangan ini, aku sedih.
'Family kau datang dipshow?'
'Datang!'
'Family kau?'
'Mestilah datang! Sebab ini sem last kan, semua yang kita belajar, kita luahkan pada sem ni.'
Family aku? Nope.
Bukan salah mereka. Cuma tarikh dipshow jatuh pada tarikh hari kerja. Takkan sebab aku seorang, mereka-mereka perlu minta cuti. Siapalah aku. Adik? Jujurnya, titis jugalah titik-titik kemasinan di pipi. Kadang-kala terlepas jugalah amarah pada rakan sebilik. Semuanya bukan salah mereka. Salah aku. Tidak pandai mengawal emosi, mengekspresi hati.
Paling aku terkilan, sebab si dia tidak dapat hadir sedangkan dalam ramai-ramai orang, kuharapkan si dia. Kerana apa? Selama hampir tiga tahun aku di Kuantan ini pun adalah kerna si dia. Mencuba yang terbaik untuknya. Mengubah diri menjadi seorang yang boleh dibanggakannya. Semuanya kerana dia. Tetapi akhirnya, si dia tidak dapat datang untuk menyaksikan segala yang telah aku lakukan kerananya. Tidak pernah satu pun kerja aku yang dilihatnya sepanjang pengajian aku. Belajar, dapat keputusan bagus, si dia bersyukur. Itu af'alnya.
Mengimbau kembali kenangan beberapa minggu lepas semasa menyiapkan last minute project 'Interactive Design' di rumah. Kelas tiada lima hari. Incik Teoh kurang sihat untuk menolong aku lalu aku terpaksa me'renew' semuanya. Bermula dari jam 1230a.m aku bertungkus lumus di hadapan skrin ASUS. Berulang kali soalan ' Adik dah makan?' di tanya, dan aku hanya menggeleng. Setiap ruang rumahku sudah mula gelap, lampu tutup. Si dia tidur. Dalam jam 2 lebih, ku lihat si dia bangun.
'Adik dah makan?'
Aku menggeleng.
Si dia ke dapur. Beberapa minit kemudian kembali dengan membawakan makanan.
'Makan dulu, lepas tu sambung.'
Terharu, yea. Aku hampir titiskan air mata. Sudah lama aku tidak dilayan begitu. Lama.
Kali terakhir adalah ketika SPM. Acap kali secawan nescafe menyapa pandangan ketika aku sedang belajar. Sampai sahaja di Kuantan, haram. Makan sahaja sudah tidak terjaga. Merindui senyumannya tika ini. Tersengih seketika melihat senyuman tanpa gigi miliknya. Ahh, ku rindu dia!
[Missing someone like a love song mommy]
*to be continued*
Peon*
No comments:
Post a Comment