Monday, October 15, 2012

Mereka-merdeka !


Assalamualaikum.

Hari ini jeritanku berkisarkan apa yang terjadi sepanjang minggu lepas, tentang apa yang berlaku kepada diri aku. Jeritanku bukan sempurna, ada bahagian yang tidak aku jeritkan, ada bahagian yang tidak perlu aku jeritkan. Mereka berbeza.


Hari Rabu, 10.10.2012 (Hari pertama Diploma Show, Graphic and Fine Art Exhibition Show)


Pagi yang teramat kelam kabut kerana aku tidur jam 430a.m. Semuanya gara-gra kesilapan aku sendiri print giant bunting, gambar pecah. So tengah-tengah malam pergi kedai printing and print on the spot. Sejam kemudian, giant bunting aku selesai. Terima kasih kepada abang Smart Printing kerana sanggup extend buka kedai untuk kami. :')

Jam 7.30, aku bersiap, pembetulan, bukan bersiap, tetapi bangun pagi. Melangkah ke almari Yan, keluarkan sepasang baju kurung putih bercorak bunga pink. Entah kenapa, hari itu aku memberanikan diri aku untuk memakai baju berwarna putih sedangkan selama ini aku cukup mengelak akan warna tersebut.


Jam 9 tepat, aku sudah sampai ke Kompleks Dagangan. Selepas susun segala benda-lah, estimation jam 1030, kami kemudiannya dikumpulkan untuk sesi taklimat bersama dua orang external assessor,seorang daripada industri and seorang lagi daripada akademik. 

Nervous? Yea!

Arround jam 4++p.m aku diakses oleh Encik Yong, seorang photographer pro (work dia sangat PERGHHHHHHHHHHHHHHHHHH). Kembang-kembang senyuman aku apabila si dia memuji projek aku. Alhamdulillah...


Aku pulang jam 10pm dalam keadaan sangat lega and a bit letih. Oh yea, dapat banyak gift daripada kawan-kawan from project mereka. Yang paling aku suka?


hadiah daripada Cikin! ^^,




Hari Khamis 11.10.2012 (Hari Kedua)


Hari yang sangat miserable kerana aku mengalami pendarahan sangat serius.

Hari ini adalah hari terakhir sebelum berakhirnya permusafiran aku di Kuantan. A bit sedih sebab berkemungkinan aku tidak akan berjumpa dengan mereka lagi selepas ini.

Hmm.

Selepas menunggu giliran yang tersangatlah lama untuk berjumpa dengan pentaksir kedua. Jam 630 akhirnya tamatlah pengajian Diploma aku in Graphic and Digital Media.

Tamat.

Habis.

Owh, gembiranya!

Dan mulai saat itu, aku dah berjanji dengan diri aku, Graphic, I wana break up with you.

Hahaa. Emosi lebeyyyyyyy~ >.<"



Hari Jumaat

Ahhh, hari yang paling melegakan sepanjang almost 3 tahun aku di Kuantan. Tetapi hari ini masih membusykan aku. Pos barang, pos motor. Duit mengalir bak air sungai yang deras. Hulur hulur dan menghulur.

Malam ada dinner. (Akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam post yang lain)

Sabtu,aku pulang.

Ada sesetengah jeritan memerlukan masa yang panjang untuk dijerit. Rasanya, untuk minggu lepas, rumusannya hanyalah takat ini.

[Love, Hate, We'll meet again, SOMEday]



Peon*

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment