Saturday, July 13, 2013

Istikharah Cinta [2]

Assalamualaikum. Menjerit aku lagi di laman ini setelah sekian lama tidak kuluahkan jeritan tanpa suara. Bekerja hampir setengah tahun ini membawa aku ke suatu alam yang lain yang mungkin tidak dapat aku sampaikan di sini kerana kesuntukan masa yang teramat sangat. Sekadar penyambung kisah yang menyambung-masa-dahulu. silakan pembacaan...

Istikharah Cinta- Aku sang awan.

Watakku sebagai pembantu disisi si kelakatu. Mungkin ada yang tertanya, apa kaitan  sang awan dengan si kelkatu. Tiada apa yang mengaitkan mereka. Af’al mereka berbeza, tiada apa yang memungkinkan mereka berteman. Aku cuma boleh berbicara, si kelkatu adalah istikharah cintaku…

Lima tahun sudah menjejaki bumi tanah kelahiran ini. Alhamdulillah, lima tahun di bumi Anbia, menuntut ilmu sebanyak mungkin waima Allah sendiri tahu aku ke sana kerana apa atau perkataan yang lebih sesuai, kerana siapa.

‘Kenapa Wan bekerja bukan dalam bidang yang bukan Wan ambil masa di Alexandria dahulu?’

Itu soalan yang acapkali aku terima. Harus bagaimana lagi untuk aku menjawab pertanyaan tersebut? Bukan kerana aku tidak punya jawapan, tetapi caraku berbeza. Amat berbeza. Awan, tugasnya berarak. Meneduhi insan yang takutnya, cerah. Aku lebih gemar mendidik. Kenapa?

‘Kulihat kau berbeza dengan student kita disini. Ilmu kau banyak perkongsiannya. Kau siapa?’.

Seringkali si kelkatu bertanya, siapa aku dalam kalangan manusia. Aku sekadar tersenyum. Perawan ini banyak fikirannya. Itu ini menjadi tanda Tanya baginya. Af’alnya itu terkadang mencuit hati masyarakat sekeliling. Termasuk aku.

‘Aku seorang hamba yang kegemarannya, berkongsi. Itu aku, sang awan.’

Peranan aku dan sang kelkatu Cuma watak sampingan dalam kisah ini. Kami terperangkap dalam mahabbah rindu yang tidak terungkap. Tidak terucap. Peribahasa melayu cuma penyaksian bagai pungguk rindukan bulan. Ini kisah pungguk dan bulan. Bukan kami.

‘Aku bakal melamar si dia. Inginkan dia sebagai suri hidupku.’

Itu ungkapan sang bulan lima tahun dahulu.

Penerkaan hati sang bulan sudah aku lakukan lama. Lama. Sayangnya dia kepada pungguk jelas dengan perbuatannya. Tetapi bulan tidak sedar, ada sesuatu yang lain tidak diketahuinya. Perihal si pungguk. Dan aku, seperti yang aku beritahu di awal tadi, aku Cuma watak sampingan yang bukan untuk lengkapkan kisah pungguk dan bulan. Watakku adalah sebagai seorang saksi. Penyaksian kisah mereka.

‘Pernah kau suka akan seorang perempuan?’

Pungguk dalam kisah ini suatu yang misteri. Cintanya umpama angin yang aku sendiri tidak tahu mana haluannya. Dan alkisahnya, salah satu haluan yang pungguk lalui adalah aku. Dan aku kehilangan bicara. Fikiran kosong. Untuk seketika. Cuma seketika. Tika itu.

Sirnanya cinta.

Allah penentu segala.

‘Wan, ada orang datang.’

Kaki lantas melangkah ke pintu. Sang bulan, Megat Muhammad Azlan, sang pungguk, Anggun Nur Adil, dan sang kelkatu. Sang kelkatu, Khalishah. Kha-li-shah…

Apa yang Allah aturkan setelah lima tahun istikharah cintaku?



Allah sentiasa tetapkan yang terbaik untuk hambaNya.

Peon*

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment