Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Keputusan akhir yang memuaskan. Terima kasih Ya Allah masih dikurniakan dariMu untuk hamba yang lemah lagi hina ini akan kurniaan akal dalam AD. Betapa aku mensyukuri indah kemuliaan nikmatMu dan diharap akan digunakan untuk menuju jalan Mu ya Allah.
Mak, anak mak dekan sem ni ! >.<
Lately (5-6 Nov), aku terlibat sama dalam Kem Nur Tuhan bagi murid tahun 5 yang dijalankan di SK Alam Megah (3), Shah Alam. Bersama 3orang fasi lain, Kak Ina, Kak Tika and Kak Zee. Ini merupakan pertemuan kali ketiga bersama Kak Ina dan kali pertama bersama Kak Tika dan Kak Zee. Hahaa. Ella, where art thou? :P
Kami bertolak dari office Zydney di Meru ke Shah Alam menaiki RF 14 milik Ustaz Ashraff. Lebih kurang jam 8, kami tiba di SKAM3. Agak awkward kerana ini untuk pertama kali aku mengikuti kem yang dijalankan pada hari sekolah. Rindu akan sekolah, melihat perhimpunan sekolah untuk pertama kali mungkin setelah habis 2 tahun yang lepas.
'Ustazah, ustazah comel la'
Hah? Aku buat muka double-jerk. Seriously kids? Are you saying... I'm cute? o.O
Mereka ketawa.
Keesokan harinya,
'Eh, ustazah tukar tudung la.'
Aku melihat ke arah tudungku. Owh, semalam aku memakai tudung bawal. Hari ni tudung awning keras.
Lalu aku bertanya, 'Kenapa pun? Dah tak comel ke?'
Mereka menggeleng.
'Tidaklah. Bertambah comel.' Tawa tercetus kemudiannya.
Budak-budak.
Kecomelan yang tidak terhingga ditambah dengan kenakalannya. Ya Allah. SOB !
Hmm. Terkadang iman tak kuat, terlepas juga kemarahan aku pada mereka. Terasa kata-kata aku melampau pula. Ya Allah, khilafku.
Ada si kembar- abang adik.
'Kamu, meh sini.' panggilku. Langkah mereka ke arahku yang memegang Incik Canon. (I AM NIKON!)
'Kenapa ustazah?'
'Macam mana ye nak membezakan kamu berdua?'
'Heh, dia ni ada tahi lalat kat sebelah mata' ujar si -ntah-abang-ntah-adik.
Scene seteusnya,
'Kenapa pakai kasut? Tak bawa selipar ke?' soalku melihat si -ntah-abang-ntah-adik memakai kasut sekolah ketika keluar dewan untuk pergi sarapan pagi.
'Adik pinjam selipar. Selipar dia lupa bawa.'
'Owh, so kamu ni abang la?'. Si abang mengangguk. Kemudian si adik datang. Tetapi si adik turut memakai, kasut?
'Mana kasut kau?' soal si abang. Si adik garu kepala.
'Ada kat bilik. Sebelah dah tercabut.'
Aku melihat mereka berdua. Yea, ada banyak juga perbezaan. Si adik lebih tinggi dan lebih putih.
'Kenapa adik lagi tinggi ni abang?'
'Tak tahu.'
'Haa... Ni mesti kes kurang minum susu ni...' ujarku cuba pull his leg.
'Mana ada ustazah...'
Tiba-tiba rakannya menyampuk, 'A'ah ustazah, adik dia ni pun lagi pandai.'. Si abang terus menolak rakannya. Aku ketawa.
Budak-budak. Ada kemanisannya.
Malam restu ibu bapa. Disebabkan malam weekdays, ramai jugalah ibu bapa yang tidak dapat menghadirkan diri. Aku tertarik dengan kata-kata seorang budak. Kata-kata? Aduan mungkin...
'Ibu ayah asyik kerja-kerja-kerja. Tak pernah hiraukan anak dia ni.'
City parents. Hmm. *speechless.
[Melentur buluh biarlah daripada rebungnya]
*Peon
ps: susahkan mencari kerja? =.=
ps: susahkan mencari kerja? =.=

No comments:
Post a Comment