Friday, October 26, 2012

Cinta Ayah

Assalamualaikum.

Hehee. Cerpen bawah ini aku re-post. Zaman high school dulu-dulu.


Senja kian berlabuh. Dunia semakin mengejar usia pastinya. Dalam kemaraan malam, kulihat kekanak yang bermain-main di tepian pantai sebentar tadi kian beransur pulang. Entah di mana pandanganku terhenti, tiba-tiba terlihat seorang wanita menampar wajah seorang lelaki tua. Aku terpaku. Batu yang menjadi tempat dudukku lantas kutinggalkan dan lelaki tua itu pantas aku hampiri setelah wanita itu pergi dengan menaiki Proton Perdana panduan seorang lelaki.

“Pakcik okey?” soalku. Lelaki itu memalingkan wajahnya. Mengelap air mata yang mengalir mungkin. Kemudian, wajahnya segera menghadiahkan senyuman kepadaku. Tangannya menunjukkan isyarat bahawa dia tidak apa-apa. Hatiku sedikit tersentuh.


Dalam kesamaran waktu, kukutip sisa cinta yang tinggal. Betapa aku merindui dirinya saat cinta yang terlabuh itu terlerai dibalik kelamnya subuh. Begitu pantas rasa sayang itu dilampias sehingga pada suatu ketika, aku malah semakin melupakannya. Sirnanya tidak akan pernah hilang, hanya kelmarin cuma jalan silam untuk aku mencuci segala lara yang menular. Ayah, anakmu ini amat merindui kasih sayangmu!

Posted by: 2304 ../../2004

“Asra-chan, daijoubu desuka? Are you alright?” soalan Misaka lantas mengembalikan aku pada reality kehidupan aku sekarang. Aku lantas tersenyum, memanipulasikan soalannya. Dia kemudiannya mengangguk dan kembali ke katilnya. Aku lalu segera menutup laptopku setelah menyedari waktu solat zuhur semakin meninggalkan aku.

Alhamdulillah, berkat doa ibu, berjaya juga aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Tokyo, Jepun. Inilah yang menjadi impian aku sejak kecil, belajar di luar Negara dalam pengkhususan sains politik. Kini, satu semester sudah aku jalani dengan penuh kesabaran. Benar kata ibu, berada ditempat orang, jati diri haruslah utuh diiringi dengan ketabahan yang tinggi. Jangan sesekali lupakan asal usul dan yang paling penting, niat itu mestilah kerana Allah. ye ibu, As ikut cakap ibu….

Usai solat, aku lantas mengajak Misaka ke cafeteria di bawah asrama tempat kami menginap memandangkan perutku sudah berbunyi minta diisi. Di sini, Misakalah orang yang paling rapat denganku meskipun kami berbeza bangsa dan budaya. Namun, ketaakulannya terhadap Islam cukup aku kagumi. Kusering berdoa, semoga Allah akan pancarkan hidayah ke dalam hatinya. Sampai sahaja, pilihan kami sudah tentulah ke gerai makanan melayu. Pada mulanya, aku runsing memikirkan soal makanan halal, namun aku cukup bersyukur kerana ada juga rupanya food court melayu di sini. Setelah mengambil makanan, kami lalu duduk di suatu sudut. Sambil makan, mataku tidak lepas daripada membaca nota yang kubuat usai solat subuh pagi tadi.

“Asra-chan.. Asra, pandang sinilah. I’m talking to you,” ujar Misaka.

“What? Wah, Misaka-chan dah pandai speaking malay.”

“You just not pay attention what am I telling you, right?” Misaka menarik muka masam. Aku tersengih. Faham benar dengan situasi yang berlaku. Pasti kesalahanku lagi yang terlalu khusyuk membaca.

“Gomen-ne. Gomenasai Misaka-chan. I’m sorry. Okey, now I’m listen. What?”. Dia melarik matanya ke buku notaku. Aku tersenyum. Buku kecil berwarna hijau itu lantas kututup.

“You look at that guy. Kawai, right?” misaka menunjukkan aku akan seorang lelaki di kaunter. Aku mengangkat kening tanda ‘no comment’.

“Sigh, wide kan mind you la dear.”

“Maybe, I wouldn’t have to . See, he’s on his way. Here!.” Aku memberi isyarat mata pada Misaka untuk beredar.

“Shitsurei-shimasu. Sorry for disturbing. May I sit here?”

“Haii”

“Iie”. Aku dan Misaki saling bercanggah. Sungguh, aku tidak gemar lelaki sepertinya.

“So, yes or no?”. lelaki itu lantas memandangku atas jawapan tidakku sebentar tadi. Aku terasa tidak selesa dengan keadaan ini. Aku mulai bangun untuk beredar dari situ. Misaki menunjukkan riak kurang senang dengan tindakanku.

“Already leaving? Anyway, watashi-no namae-wa Akmal Hakimi bin Kamal Arifin , also political science student. Dozo yoro shiku, Asra-senpai.” Tangannya dihulurkan. Mendengar nama bapanya, aku tergamam.

“Ibu, kenapa ayah tinggalkan kita?”. Inilah soalan yang tidak pernah aku dapatkan jawapannya selama 19 tahun aku hidup. Mata ibu pasti ditakungi air acap kali soalan itu aku ajukan. Melihat wajah muram ibu yang disembunyikan melalui senyumannya membuat aku menghentikan sahaja pencarian jawapan kepada persoalan itu. Aku sehingga menganggap ibu juga tidak punya jawapannya. Senyumannya hanya untuk mententeramkan hati aku sahaja. Ayah, frasa nama itu pun semakin aku lupakan daripada kamus hidupku.

Malam menjelma. Kesejukan menular sehingga ke setiap inci tubuhku. Laptopku pantas kubuka. Inilah rutinku andai ada kelapangan masa, mengemas kini blog curahan hatiku. art-tera.blogspot.com. Segala kisahku dipaparkan dalam rangkaian yang sukar diketahui identiti penciptanya. Pelbagai komen yang aku terima dan kebanyakkannya sudah tentulah dari Malaysiamemandangkan penulisanku yang menggunakan Bahasa Melayu. Dalam ramai-ramai pengikut blogku, ada seorang yang amat menarik minatku dengan komennya terhadap ayahku

Daisuki_AD: saya rasa ayah awak tak bersalah. Dia juga mungkin keliru dengan keputusan yang diambilnya dan dia sedang mencari awak dan ibu awak.

Hijab kisahku masih belum terungkai. Entah sehingga bila aku harus menagih cinta yang tidak pernah tercipta untukku. Sujudku pada-Nya masih belum ampuh untuk Dia mengirimkan ayahku kembali. Angin masih belum melayangkan surat cintaku pada ayah. Mereka sekadar berlalu. Kerlingannya cukup sinis sehingga aku terluka tanpa bias. Kalbuku cuma mampu menatap namanya. Bayangnya juga semakin menghilang. Apa ini keputusanmu, ayah?

Posted by: 2304 ../../2005

Sudah hampir tiga tahun aku melabuhkan tirai ilmu di bumi matahari terbit ini. Rindunya pada kampong halaman. Sawah padi yang luas terbentang, burung-burung berterbangan di langit kala lewat petang, kanak-kanak yang riang bermain di dalam parit tanpa mengendahkan larangan orang tua. Hmm.. Kurindu pada ibu. Tidak sabar untuk menghabiskan ujian akhir semester ini.

“As, Asra. Chotto matte! As, Asra senpai, wait for me. Tunggu saya!”

“Apa yang Kimi nak lagi? As dah puas cakap dengan Kimi kan? Tak ingin pun nak jumpa father you tu. Tak faham-faham lagi ke?”. Aku sudah puas dengan lelaki ini. Tidak berputus asa untuk membawa aku berjumpa ayahnya.

“Iie. As, listen to me please. Dua tahun As larikan diri dari Kimi semata-mata kerana Kimi cakap ayah Kimi adalah ayah yang As cari selama ni. Kimi tak faham. Kenapa setelah As dapat lead kepada ayah yang As cari, then you just let it go?”

Hatiku sudah tersayat dengan kata-katanya……

“You just don’t understand it Kimi. Who are you? We’ve came from the same source and our age just different by two month? How could it be?”

“Itulah yang Kimi nak bincangkan dengan As selama ini. It just you wouldn’t listen for every single word that I’m talking!” nadanya tegas. Aku akui, aku bersalah dalam hal ini.

“As belum bersedia.” Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Wajah lelaki ini mulai merah. Mungkin menahan rasa marah yang selama ini dipendamkan padaku.

“He’s already died, As.”

Mendengar kata-kata yang keluar daripada bibir lelaki itu, aku terpitam.

Kini aku benar-benar kehilangannya. Kesempatan tidak aku gunakan dengan sebaiknya. Kita hanya akan rasa rindu pabila kita merasa kehilangan. Sebenarnya, sejak dahulu lagi kehilangan itu telah aku rasakan. Takbir cinta terhadap ayah sentiasa berkumandang disebalik sisipan rasa benci terhadapnya. Aku sendiri termanggu tanpa kata bila pengakhirannya tidak menemukan aku dengannya. Kerinduan itu terserlah pada nisan yang tercoret namanya. Kamal Arifin. Dia pergi setelah mengirimkansurat untuk aku dan ibu.

Ayah terpaksa tinggalkan ibu setelah dia mengetahui bekas kekasihnya mengandung anak di luar nikah dengannya. Tanpa rela, dia mengahwini wanita yang merupakan anak seorang usahawan berjaya. Padahal, dia cuma menjadi kambing hitam kerana Hakimi merupakan anak wanita itu dengan lelaki lain. Ayah cuba menjejak aku dan ibu tetapi hampa. Suatu ketika, ayah bertemu aku yang menegurnya setelah ditampar isterinya itu. Hatinya mengatakan bahawa aku ini anaknya tetapi dia perasaan malu lebih menguasai diri. Saat-saat terakhir hidupnya, dia amat menyesali perbuatannya dan hanya mampu membalasnya dengan segala hartanya yang diletakkan nama aku dan ibu sebagai pewaris. Ayah… Sang rembulan membisikkan sesuatu padaku. Ayahmu juga merinduimu, Asra.

Posted by: 2304 ../../2006

Kenapa sukar mengungkap sayang?

Ibu menangis menatap surat yang sudah pun 10 tahun tersimpan di tangan Hakimi. Aku tidak tahu bagaimana untuk memujuk ibu. Sungguh, kesakitan di hati ibu lebih dalam daripada aku. Maafkan Asra ibu kerana tidak pernah faham kesakitan yang dirasai ibu.

“Asra-chan, gambatte-ne!” itu ucapan yang aku tunggu-tunggu. Kertas terakhir yang menjadi perjuangan aku. Dalam hati aku berbisik, you too Kimi-kun. Gambatte kudasai! Sang Daisuki_AD…

Andai sahaja aku mampu lagi menyebut bicara ayah. Memeluk tubuhnya. Mengelap peluh kudrat yang memercik didahinya…

Done………


P/S:
LOL. Dulu suka letak nama Asra. Hehee, sampai sekarang pun. >.<"

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment