Tuesday, October 1, 2013

Heart itu Jantung #2

Assalamualaikum.



Mungkin aku rindu. Mungkin aku cemburu. Realitinya, siapa tak nak sambung belajar? Nak! Tersangat nak. Ukur baju di badan sendiri, itu ucapan dia. Kau boleh berjaya kalau kau usaha. Usaha yang bagaimana? Nak guna biasiswa PaMa. Pa dah tak ada, Ma? Cis, kau anak tak guna kalau masih mengharap Ma kau bagi makan pada kau.

Umur dah hampir masuk 21. Matang dah tu.

Matang?

Ye, matang la.

Akhir-akhir ini aku diganggu satu visi. Visi? Ha.ha.ha. Perkataan nak bombastik je, maksud macam tak faham. Melihat mereka seronok menimba ilmu dari perigi Uni, aku pun nak menimba. Belajar buat 'lighting' guna DSLR, lukis character design guna tablet, gila tak mahu?

Bayang-bayang seni itu ada, cuma semakin jauh daripada aku. Aku yang berlari ke depan sehingga sukar untuk ia mengejar.

Apa yang aku larikan?

Apa yang aku kejarkan?

Aku lari daripada impian aku.

Aku kejar impian orang sekeliling aku...

Kenyataannya, aku bahagia ke?

Okay, aku bagi warning. Entri kali ini panjang kut. Nak luahkan semuanya, mungkin.

Suatu hari, aku bagi hint pada si dia, 'Adik sambung belajar, okay tak?'

'Buat apa? Kata penat dah belajar. Kerja je la...'

Impian aku... Aku ada impian. Untuk bahagiakan si dia, kerana si dia dah banyak menderita. Aku sanggup buat apa sahaja. Termasuk menguburkan apa yang aku inginkan.

Si dia tak boleh harapkan sesiapa dah kecuali aku. Lima belas tahun dia besarkan aku tanpa sesiapa, membanting tulang sampai sihat walafiat aku jadinya. Bila suatu hari dia minta aku buat sesuatu, 'KERJA', tak kan lah aku kena pentingkan diri aku untuk cakap, 'NAK SAMBUNG BELAJAR'.

Sekarang dah tiba masanya untuk aku balas balik budi dia...

Tapi rimas bila ada individu lain masuk campur; menganggap aku ni banyak menyusahkan dia...mengungkit benda yang tak sepatutnya diungkit. Serius, aku rimas atau perkataan yang sesuai mungkin, menyampah.

Okay. Sekarang aku dah kerja. Kerja apa? Jual buku. Buku budak-budak.

Huh? Promoter ke? - Ramai orang tanya macam ni. Apa aku buat, mengangguk.

Gaji berapa? - Ramai orang tanya macam ni. Apa aku jawab, boleh la.

Dan apa mereka balas,

'Adik, tak payah la dah kerja tu. Cari kerja lain, nak?'

'Kenapa adik belajar course lain, kerjanya lain?'

'Buat apa pinjam duit sampai beribu-ribu, tapi kerja tu juga. Baik lepas SPM terus kerja tu je. Bukannya kena pakai Diploma pun'

'Bila lagi adik nak bayar loan tu. Nanti kena black list macam mana?'

Kadang-kadang nak tergelak pun ada... Kenapa?

Aku sendiri pelik. Kenapa aku kerja benda ni? Kau dapat peluang kerja kerajaan, graphic designer, MBSA, gaji tetap RM1.4k bulan-bulan, kenapa aku tolak. Bodoh kan aku? Kalau aku terima kerja tu, mungkin kata-kata tu aku tak akan terima. Betul ke?

Ini sikit-sikit isi hati aku kerja jual buku ;-

Bulan pertama aku kerja jual buku;

Okay, aku nak cuba je. Mungkin ini pengalaman baru untuk aku. Cuba dalam tiga bulan dulu kut. Mungkin nanti aku serasi dengan kerja ni? Incik Manager Besar tanya, nak basic or commision, aku jawab komisen je.

Bulan kedua aku kerja jual buku;

Aku malas ke bulan ni? Tak selesa sebab aku seorang je perempuan dalam group? Sikitnya gaji aku bulan ni. Mungkin betul cakap si dia. Aku tak sesuai kut bekerja macam ni. Aku tak pernah berjaya dalam bisnes.

Bulan ketiga aku kerja jual buku;

Wow, Incik Manager Kecil tolong aku. Mungkin dia nampak usaha aku, dia suggest nama aku untuk Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Alhamdulillah.

Bulan keempat aku kerja jual buku;

Hahaa. Kenapa aku masih bekerja jual buku? Bulan ketiga, aku berjaya buktikan pada diri aku. Ra, kau boleh buat kerja ni. Dan yea aku buka kisah baru dalam hidup aku.

Dunia ini luas. Bila lihat kanak-kanak yang kurang kasih sayang parents, parents kecewa dengan anak, ada sesuatu yang bersarang dalam diri aku. It feels like- aku nak tolong mereka ini. Bila sesuatu itu melibatkan pendidikan, apa kau perlu buat adalah berkongsi and thing sharing process buat aku puas. Sekurang-kurangnya, parents tahu apa yang mereka boleh lakukan yang terbaik untuk anak mereka.

Dan aku mulai tanam impian baru. Mungkin aku lalang, tapi tiupan impian aku ada akarnya, kebaikan manusia sejagat. Cis, ayat.

Oh, by the way, aku dah hampir setahun kerja ni. Tu cerita empat bulan terawal aku je. Hehee.

And aku bahagia ke?

Jawapan aku,

M..U.N.G.K.I.N

bersambung...

by
As'ra Peon


TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment