Saturday, September 29, 2012

Lazy Itu Malas

Assalamualaikum.

Menjerit, melolong, itu kerja aku tetapi bukan secara realiti. Jeritan aku daripada dalam, lubuk paling dalam hati aku dan jeritanku bisu, jeritan tanpa suara. Aku bukan seorang yang pandai berkata-kata, malah pabila kata-kata itu terluah dari mulutku, akan ada yang terasa mendengarnya waima tidak terniat pun dihatiku untuk menyakitkan hatinya.

Malam ini 'sunyi'. Permata Yang Dicari - Dehearty. Repeated.

Ada situasi yang kadang kala menarik minat aku which is bagi aku sangat pelik bagaimana situasi itu boleh berlaku? Disalahkan atas sebab yang tidak munasabah. Kau menerima salah yang bukan salah kau. Si dia menyalahkan kau padahal itu merupakan salah si dia.

Ahh, kekeliruan berlaku.

'Kau boleh tolong basuhkan bajuku? soal si dia. Aku terkesima mendengar pertanyaannya. Bajuku sendiri hampir dua bekas belum terbasuh. 'Bajumu berapa banyak?'. 'Setengah bakul sahaja. Kau bisa bukan?'. Bukan aku tidak mahu melakukannya, ahh, aku sudah banyak kali terhutang budi dengannya, apalah salahnya setakat setengah bakul itu. Aku lantas menganggukkan kepala.

(Seminggu kemudian)

'Kulihat kau sering memakai pakaian yang sama. Kau tidak ada baju lainkah? Acap kali warna ini menyapu pandanganku. Bosan!' Aku terdiam. Itu af'alku pabila ditegur olehnya. Si dia menyambung, 'Aku sudah membelikan banyak baju bukan? Kemana semuanya menghilang?. Lalu aku menjawab, 'Belum berbasuh. Aku sibuk bekerja, dan membasuh bajumu itu pun ku lakukan ketika waktu senggangku malam hari.' Si dia merengus, 'kau memang suka melakukan kerja dalam minit-minit terakhir. Gadis macam inikah yang harus aku jadikan sebagai isteriku? Pemalas!' 'Kau mengatakan aku pemalas sedangkan aku sudah membasuhkan bajumu? Tidakkah kau bersyukur, sekurangnya aku telah menurut apa katamu.'. 'Ahh, kau tidak perlu memberi apa-apa alasan. Kau pemalas!'

Pfft.

Hahaa, cerita di atas sememangnya agak pelik. Situasi tersebut sememangnya berlaku dan aku sendiri hairan. Setelah aku memikirkannya, semua berlaku kerana terhutang budi. Susah apabila terhutang budi, segala kata-kata mereka kau terpaksa ikut. Pabila sesuatu itu salah mereka, mereka akan push salah itu kepada kau. Susah. Yea, susah. Lebih-lebih lagi pabila setiap budi yang mereka taburkan itu diungkit kembali. Macam aku? Bukankah aku jenis mengungkit? lol

Tetapi, sekiranya situasi di atas berlaku, seriously, agak berlebihan.

Akhir-akhir ini, aku serius gian nak main game. Tapi...


[Sorry is the hardest word to play-play with]

Peon*

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment