Thursday, September 27, 2012

Shit Itu Tahi

Assalamualaikum.

Malam ini aku terpanggil untuk men'jerit' sesuatu.


Waaa, aku benci kau!

Pernah terfikir atau tidak, berdosa membenci seseorang bukan kerana Allah. Iye, aku tahu dan aku acap kali memikirkannya. Dek jahilnya aku, semua itu aku biarkan. Biarkan dan membiarkan. Dosa bergunung ditambah lagi gunungnya. Entah kenapa, membenci itu sedikit demi sedikit menjadi darah daging. Kenapa?

Kau sakitkan hati aku.


Kau tengking aku.


Kau buat tahi dengan aku.

Apa aku buat dengan kau lepas itu? Nothing.


Kenapa? Simple, aku sayang kau. Dan sayang yang aku maksudkan bukan lovey dovey bagai. Aku sayangkan hubungan kita. Hubungan apa? KAWAN.


Terkadang, aku sendiri selalu bertanya, kawan yang bagaimana aku ini? Terukkah? Kejamkah? Pembuli? Prinsip aku, don't do something which you never get anything in return. Tapi semua itu jadi 'tahi' yang aku kena telan semula apa yang telah aku keluarkan. Kenapa?

Berapa banyak aku buat untuk kau-kau selama kita berkawan? Kau ada buat untuk aku? Setiap balasan baik yang dihulur mana mungkin sama dengan apa yang pernah dihulur. Situasi lain dan ketika itu, kau, aku, mereka juga lain.


LAIN.


Dalam dunia ini, setiap jawapan yang kita berikan selalunya akan ada dua pilihan dan setiap pilihan itu membawa kita kepada apa yang bakal berlaku seterusnya. Jawab dengan jawapan yang penyoal inginkan, kau akan dilayan dengan positif. Yea, positif. Dan sekiranya kau jawab sebaliknya, hurm, kau sendiri boleh fikir apa akibatnya.

Tetapi aku lain. Aku bukan jenis fikir apa orang cakap tentang aku.

Jujurnya, aku seorang yang straightforward. Apa aku rasa or mahu lakukan aku akan terus cakap and buat. Kadang kala aku tidak peduli apa yang audience akan fikir. Bagi aku, kalau kau terasa dengan apa yang aku cakap or buat, tegur aku.

Bukankah kita wajib ingat mengingati?


[Even if I die tonight, you'll still in my heart]


Malam ini bulan cantik, subhanallah!

Peon*

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment