Tuesday, July 12, 2011

Ini Untuk Kamu-KAWAN- Kesinambungan

Assalamualaikum.

Hahaa. Hari ini aku ingin tertawa. Sekuat mungkin barangkali. Situasi ini dirasakan semakin janggal. Kamu mula terasa kesunyian tanpa kami, bukan? Kamu acap kali berkata-kata sendirian. Atau, ini mungkin firasat aku sahaja. Kamu mungkin tidak merasa pun kehilangan kami. Tidak mengapalah.

Kamu,
Hari ini aku mendapat tahu, kamu memanipulasi cerita yang sebenarnya tidak membawa maksud negatif kepada seorang lagi saudara kita. Ketahuilah, Allah itu Maha Mengetahui. Kamu juga turut serta dalam 'berkata-kata' tentang si dia. Namun, kau memberitahu dia seolah-olah kamu itu tidak termasuk langsung sebagai panel 'berkata-kata' pada saat tersebut. Aku terkejut. Tidak kusangka kamu sebegitu mudah berpaling.

Kamu,
Ingin kuberitahu di sini. Niat kami hanya untuk menegur. Teguran itu bersifat baik. Kami menegur kerana kami tahu apa yang terbaik untuk kamu. Bukan berniat dengki atau iri hati. Yea, kami tidak berhak untuk masuk campur dalam hal kalian, tetapi aku minta sesaat, sesaat sahaja untuk kalian fikir, seandainya kalian terlibat dalam permasalahan yang berkait dengan hal peribadi tersebut, siapa yang kalian akan cari? KAWAN, bukan.....

Apa yang aku ingin sampaikan simple sahaja, Kawan tahu apa yang terbaik untuk kawannya. Kita kenal bukan sehari dua. Malah, melebihi tempoh perkenalan kamu dengan pacar kamu. Yea, kasih sayang seorang kawan itu terhad, tetapi, aku yakin, seorang kawan itu lebih memahami kawannya daripada pacar mengenali pacarnya kerana kita tinggal sebumbung, malah sekatil.

Kamu,
Kamu tahu bukan, taraf hidup kita sederhana sahaja. Lebih mencabar lagi, kursus yang kita ambil memerlukan perbelanjaan yang sungguh banyak. Ibu bapa pula perlu menyara adik beradik yang masih bersekolah. Boleh atau tidak kamu berfikir tentang masa hadapan? Jangan ikut nafsu dengan membeli apa yang kamu inginkan. Itu hanya kemahuan, bukan keperluan.

Mungkin kamu akan berfikir seperti ini, aku boleh, mengapa kamu tidak?

*mengeluh*

Aku punya banyak sumber. Aku boleh pinta daripada mereka. Kamu? Okay, kamu mungkin akan terasa lagi. Untuk itu, aku pohon maaf. Tetapi, tolonglah, kamu ada akal, gunalah.....

Kamu,
Kamu mungkin terfikir, buat apa aku membebel panjang lebar hanya pada kamu. Kerana, melihat kamu, aku melihat diri aku yang dulu. Tidak mengapalah. Aku cuma tidak menyangka, dek kerana teguran itu, kamu terasa hati dengan aku. Tetapi aku jujur. Aku fikirkan kamu. Dan kamu hanya fikir diri kamu. Bukan keluarga atau orang sekeliling kamu. Dan aku semakin disisihkan. Aku mungkin bukan seorang kawan yang baik lagi buat kamu. Aku ini hanya se-orang yang dicari pabila bantuan itu diperlukan. Dan pabila bantuan itu diperlukan daripada se- orang yang lain, aku malah ........dibuang.

Kesusahan itu suatu kerasabersalahan.


daripada,
se- ORang

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment