Wednesday, July 13, 2011

Change

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, aku menonton 3,2,1 Cinta. Bukan dipanggung, dvd je, my friend punya. Aku tidak mahu memberi komen atau berapa bintang tahap bestnya cerita ni, just aku tertarik dengan satu ayat Farid Kamil dalam movie ni.

'Tak payah jadi orang lain, jadi diri sendiri pun dah cukup'

Satu soalan, kau pernah teringin menjadi orang lain?

Aku ? Aku cuma ingin berubah.......

Akan tiba suatu saat yang kita akan rasa diri kita ini useless sangat. Dan aku acap kali dibelenggu oleh perasaan itu. Terbit soalan, sebagus mana kau ni, Peon?

Semalam, seorang kawan menyatakan hasratnya untuk berubah, from a 'lembut' to become a real Muslim. Aku tertarik. Kerana si dia bukan mahu menjadi si 'keras' tetapi si dia mahu menjadi real Muslim. Suapan makananku sedikit sebanyak terhenti dek mukadimah si dia. Si dia membuka hatinya untuk kembali bertaubat. Yea, tertanya juga atas sebab apa dan ini ayat si dia...

'Aku terfikir, sampai bila aku nak jadi macam ni, pretending to be someone yang aku sendiri tahu Allah tak suka. Yea, zaman sekarang ni, it is normal to tinggal solat. Solat 5 waktu tu memang ta pernah nak cukup. Tapi aku nak berubah. Aku tamao jadi camni. Mujur aku ada kawan yang support aku. Barang-barang aku pernah gune dulu, aku nak buang semuanya. Melihat adanya di dalam loker, aku teringat segala apa yang pernah aku lakukan. Make up tu nanti aku nak bagi adik junior ke....'

Pause.

Okayh, abaikan ayat last dia. Just, dia mahu berubah. Niat dia tu. Aku pula terfikir, sampai bila aku begini. Bila pula saatnya aku mahu berubah. Bila fikir-fikir, YEAH, NAK BERUBAHLAH ! Tetapi, aku memang dalam proses perubahan la. Aku cuba untuk tinggal solat. Aku cuba untuk menjaga hati mak aku, tidak lagi melawan kata-kata dia. Aku cuba untuk menjadi apa yang dia harapkan. Aku cuba untuk berbaik dengan semua orang.

Perubahan ini perlukan istiqamah. Aih, syaitan asyik kacau aku. Dugaan terlalu kuat.

*mengeluh*

Bukankah doa itu senjata orang mukmin?

Semalam, semasa kelas CTU (agama) , kami diajar tafsiran surah Yasiin ayat 1-20, perihal kaum yang tidak mahu turut perintah Rasul. Kemudian, aku bertanya pada Ustaz.

'Ustaz, cuba Usztaz letak diri Uztaz dalam kalangan mereka yang lahir sebagai seorang non-Muslim. Sure mereka juga cuba untuk defend apa yang selama ini mereka pegang? Yea kita sememangnya boleh bersyukur kerana lahir sebagai seorang Muslim, tetapi mereka?'

Ini jawapan beliau.

'Manusia dilahirkan dengan fitrah untuk mengetahui apa sahaja. Mencari kebenaran. Seandainya kamu diletakkan didalam sebuah terowong yang gelap, kamu sudah tentunya akan berjalan untuk mencari cahaya bukan? Tak akanlah kamu akan -waa, seronoknya berada dalam gelap, nak tinggal sinilah!- Kamu pastinya mahu ke arah cahaya kan. Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir, selama mana mereka mahu ke arah kebenaran?'

Lalu kami pula di soal uztaz....

'Pernah terbit soalan, -bayi non Muslim yang meninggal masuk syurga atau neraka?- kerana sekiranya mereka masuk ke syurga, pastinya ibu bapa si bayi akan menyalahkan Tuhan itu kejam, mengapa mereka tidak mati sahaja sebagai bayi? Mengapa mereka membesar? Tetapi sekiranya si bayi dimasukkan ke neraka, pasti akan ada yang bertanya, si bayi tidak ada kesalah apa-apa, tidak sempat pun untuk mengenal agama Allah, kenapa dia dimasukkan ke neraka?'

Kami sekelas.....

*senyap*

Dan uztaz mengakhiri kelas dengan soalan yang tiada jawapan.

Lalu, GOOGLE~

Aku petik jawapan daripada soal jawab ni... 

Menurut agama Islam, seorang anak yang dilahirkan itu adalah suci bersih bermakna mereka tidak mewarisi dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orang sebelumnya dan anak itu juga dianggap tidak berdosa. Sabda Rasulullah ; 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى 
الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Ertinya; Dari Saidina Abu Hurairah r.a beliau berkata; Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda 'Setiap anak yang dilahirkan itu di dalam keadaan fitrah kejadiannya (asalnya suci bersih), maka kedua ibu bapanya lah yang mencorakkannya sebgai Yahudi, Kritian ataupun Majusi'

So bagaimana untuk jawab soalan Ustaz tadi? Heh....

Bayi yang dilahirkan oleh orang-orang bukan Islam itu juga tidak berdosa dan tidak mewarisi apa-apa dosa. Dan mereka itu akan tetap dianggap tidak berdosa sehinggalah mereka mencapai tahap akil baligh. Akil ertinya berakal dan baligh bermakna mencapai umur, so akil baligh ni ialah seorang yang telah mencapai tahap umur yang memungkinkan dia berfikir secara matang dan di saat itu dia sendiri sudah boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya.

Jika anak-anak bukan Islam itu mati sebelum mereka mencapai akil baligh, maka mereka insyaAllah tetap menjadi penghuni syurga kerana mereka di saat itu masih dianggap suci dan masih belum mencapai umur yang memungkinkan mereka menanggung kebaikan (pahala) atau pun kesilapan (dosa).

Terjawabkah soalan Ustaz? Bagi aku, masih kurang...

Later aku update lagi entri ini untuk jawapan yang lebih tepat. 

*lari...........*

'USTAZ......................'


with smile on my face,
Ms Peon.
p/s : Aku dah berbaik dengan mereka. ^^,

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment