Thursday, July 7, 2011

Surgery; Is It Hurt?

Assalamualaikum.

Take Note : ENTRI KALI INI SANGAT PANJANG

Life aku dipermudahkan. Alhamdulillah. Elaun yang baru sahaja masuk kemudiannya terasa begitu sedikit setelah membayar bil broadband yang sudah 2 bulan tertangguh dan bil maxis yang tetiba pula terasa tinggi (in fact, sikit je, mcam bulan-bulan sebelumnya je) Okayh, straight to the point. Aiseh, Lupa pula nak beritahu topik apa yang aku mahu membebel hari ini. As simple as always, hari ini aku nak cerita pasal hati.

Apa?

Yep, HATI.

Hati macam ni ke?
Hahaa. Aku bukan kamus dewan untuk takrifkan apa itu hati. Apa yang boleh aku beritahu pada kalian hati itu organ dalaman yang berfungsi untuk mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen and ada kaitan pasal vitamin dan protein-protein kut. Lipid pe ntah...? Entah la, aku dulu tak pay attention masa subjek biologi. Sebab kerja aku menconteng meja lab sahaja (Sebab tu aku tak further dalam Science and ambik Art and Design) =.="

Apa yang aku tahu, hati ada ada peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini kerana antara fungsi hati, menurut Al Ghazali adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah telah menciptakan hati sebagai tempat Dia bersemayam. Allah berkata dalam sebuah hadis Qudsi; Langit dan bumi tidak dapat meliputi-Ku. Hanya hati manusia yang dapat meliputi-Ku. Dalam Hadis Qudsi lain; Hai Anak Adam, Aku telah ciptakan taman bagimu dan sebelum kamu bisa masuk ke taman ciptaan-Ku, Aku usir syaitan dari dalamnya. Dan dalam dirimu ada hati, yang seharusnya menjadi taman yang engkau sediakan bagi-Ku.

Ouh, apa pula kaitannya denga title aku di atas tu eah? 

*tarik nafas sekejap~*

Penyakit Hati.

Kalian ada penyakit hati? Yang aku maksudkan bukan barah hati, hati berlubang, or bla3~ tetapi apa yang aku ingin tanyakan adalah PENYAKIT HATI, deep down inside, dalaman punya....

Humm? Masih tidak faham?

Okayh, seperti yang kalian tahu, penyakit terbahagi kepada 3 iaitu penyakit hati, penyakit jiwa, dan penyakit fizikal. Ketiga-tiganya berbeza dari sudut pandangan masing-masing tetapi mempunyai satu persamaan, iaitu apa? Heh, ketiga-tiganya membuat tubuh badan kita sakit. *grin*

Penyakit hati ini sebagai contohnya, dengki, iri hati, sombong, kedekut....... kira semua sifat mazmumah la. Erm, kalian ada?

Aku?

Aku ada....................

*terdiam*

*jemari masih dikeyboard*

Kalian mahu tahu macam mana mahu detect orang yang ada penyakit hati ini? Aku copy artikel Penyakit Hati Menurut Islam tentang ciri-ciri orang yang mempunyai penyakit hati.

First sekali, memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Lebih kurang macam, dia ada ilmu, tetapi ilmu yang dia ada itu, tidak membantu dirinya untuk lebih dekat pada Penciptanya. Al Quran ada mengatakan; Orang yang betul-betul takut kepada Allah itu adalah orang yang berilmu. Ini bermakna sekiranya dia berilmu, tetapi dia tidak takut dengan Allah (tidak melakukan suruhanNya dan melakukan laranganNya) bererti, dia memiliki ilmu yang tidak bermanfaat.

Secondly, mempunyai hati yang tidak boleh khusyuk. Dalam ibadah hariannya, dia tidak boleh menghadirkan hati dan ingatan hanya untuk beribadah ke jalan Allah. Nikmat ibadah itu sukar untuk dirasai. Sebagai contoh, matanya sukar untuk titiskan air mata. Menangis itu tidak salah. Kau jangan ego sangat wahai makhluk Allah. Untuk kekasih bukan main lagi kau menangis hingga ke titisan darah, tetapi hanya untuk beribadah, mengapa kau sukar?

Kau milik siapa? Kekasih kau ? Kekasih kau kah yang mencipta kau? Mengapa tangisan itu disia-siakan? Berdoalah, semoga kita semua mampu berubah. Tidak perlu sekali harung, sedikit demi sedikit pun sudah memadai.

Thirdly, memliki nafsu yang tidak pernah kenyang. Bermakna, selagi si dia masih belum mendapatkan benda yang dia mahu, dia akan lakukan sehabis mana pun. Keinginan yang terus menerus serta keserakan yang takkan terpuas.

Yang ini, aku akui diri aku. Aku sukar kawal nafsu makan aku. Nasi 3-4pinggan SEKALI makan itu menjadi kebiasaan. Mujur bulan ini punya elaun aku kawal sikit kerana bil yang melambung dan tablet kesayangan menanti di hadapan pintu LOWYAT. lol

Dan yang terakhir, ialah orang yang berpenyakit hati adalah doanya tidak diangkat dan diterima Tuhan. Pernah atau tidak, terkadang kita terfikir, solat lima waktu dah cukup, cuma adakalanya terlepas kerana terpaksa sahaja, tetapi doa dia untuk mendapat dekan tidak dimakbulkan pun lagi. (Situasi ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak). Mungkin, deep down inside hatinya, ada perasaan iri hati, dengki, atau apa-apa sahaja penyakit hati yang dia alami.

Aku ada penyakit hati. Yep, aku kedekut. Aku sukar memberi barang hak milik aku. Aku beli barang/ makanan tu guna duit elaun aku kut. Nanti nak kena bayarnya aku. Huu. Kau ada mak ayah, Kau boleh minta pada mereka. Aku hanya ada emak, aku sebolehnya tak mahu susahkan mak aku. Biar aku tak makan seminggu, asalkan penat lelah dia di sawah tidak menoreh pahitkan hati aku. Aku bukan kejam. Selama ini, aku tidak pernah menolak untuk beri pinjam apa-apa walaupun ketika itu aku pun sengkek.

Terkadang, penat berfikir demi orang kerana kita juga punya hati yang harus di jaga. Tidak mengapalah, ada balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan. yang penting, KEIKHLASAN.

Di sini, aku sharekan doa yang kalian boleh apply untuk elakkan penyakit hati daripada menyerang~

"Ya Allah aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak kenyang, mata yang tidak menangis, dan doa yang tidak diangkat."

 Kalau boleh, aku dah belah dada aku, keluarkan hati, dan cuci hati aku ini bersih-bersih dengan menggunakan air zam-zam seperti Rasulullah dalam peristiwa Israk Mikraj.

Tetapi, layakkah aku?

Apabila dibedah, sakit tak?

Pause.....

with a smile on my face,
-Ms Peon
p/s- muka dah macam antu maggi =.="

TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V

No comments:

Post a Comment