He's lefthanded. Si dia bertangan kiri. Aku gemar melihat perilakunya. Ketika dia menulis nota, ketika dia melukis, ketika dia makan, ah, tangan kiri. Merenung lakaran mukanya di sketch book membuat aku tersenyum. Sarah, kau mudah tertarik dengan orang di sebalik cermin ye.
Angin bertiup lembut hari itu. Dedaunan yang gugur acapkali menyinggah di tudung aku alihkan. Si dia di sebelah memandang hadapan, dengan cermin mata yang terkadang dibetulkan kedudukannya. Autumn, musim luruh.
'Sarah.'
'Yes.'
'Kau ada apa-apa nak cakap ke?'
'Kau nak aku cakap apa?'
Dia terdiam. Si dia memang pendiam. He's an observer. Si dia pemerhati yang tegar. Penyimpan rahsia terbaik. Pendengar yang setia. Dia di sisi aku sebagai peneman.
'Kau okay?' Disoalnya lagi aku. Botol mineral kosong di pinggir jalan dikutip dan dimasukkannya ke tong sampah. Aku duduk di kerusi menghadap ke arah tasik.
'Kenapa tanya aku soalan tu?' Senyum.
'Kau faking your face reaction.'
Aku pula terdiam.
'Kenapa hanya kau yang mampu kenal aku naz?'
------
Winter. Musim sejuk aku yang pertama di Adelaide. Mengikut ramalan cuaca, minggu itu salji akan turun. Tetapi hari itu suhu masih 4°C. Adelaide bukan selalu dituruni salji. Kesejukan tatkala angin menderu masih terasa disebalik jaket tebal yang dipakai. Tangan masih memegang pensel mekanikal di atas sketch book. Sarung tangan di sebelah dipandang enteng. Mungkin pemandangan di hadapan lebih menarik perhatian berbanding sejuk yang dibawa angin.
Ku cuba redakan relung hati
Bayang mu yang berlalu pergi
Permintaan mereka untuk aku sambung belajar di sini. Walaupun bukan dengan kerelaan sendiri. Sketch book dipandang lagi. Tangan dibawa ke pipi, equilibrium mungkin.
Malaysia terngiang sepi. Masih terasa bisikan si dia meminta maaf buat kali terakhir. Tanpa sedar, angin di Adelaide menyapu titis air mata yang mula mengalir.
'Wipe that tears. You'll feel colder right?'. Sehelai sapu tangan dihulur.
Dan aku melihat si dia melangkah pergi. Wajahnya kabur.
Adelaide Night Market. Aku suka malam. Malam yang gelap, suram. Umum, tiada yang khusus. Berjalan berseorangan di North Terrace. Headphone ditekap di telinga, rapat. Tangan digenggam erat. Walaupun sudah memakai sarung tangan, sejuknya hari itu sampai membuat tangan terasa kebas. Beg galas dibetulkan kedudukannya.
Langit malam itu jelas terangnya. Sesekali awan berarak menutupi bulan. Angin yang menderu memaksa aku memeluk tubuh. Tatkala kaki sudah penat melangkah, kududuk di kerusi. Sketch book dikeluarkan. Bukan untuk melakar, sekadar di riba. Pensel mekanikal diputar perlahan.
------
Spring. Musim bunga. Adelaide kaya dengan keseniannya. Mungkin tidak sehebat paris, namun cukup untuk menarik perhatianku yang sememangnya gila seni. Bakal doktor minat seni? Pelik, tetapi itu hakikatnya. Medik masih belum mengatasi passion aku terhadap seni.
Royal South Australian Society of Arts. Aku suka berjalan di sini. Bersama mp3 dan sketch book di sisi, ibarat lengkap sudah perjalanan hujung minggu aku. Menaiki bas kemudiannya ke North Terrace.
Sebaik sahaja duduk, aku terlihat si dia. Dia mungkin.
'We've met before. At the park?'. Dia memandang aku. Sepi.
'Sarah. I'm Sarah from Malaysia.' sambungku. Sepi lagi.
------
He used to have friend named Sarah. She died from brain cancer. We're from the same faculty but i never notice him before. New episode, summer. Musim panas..
'Naz, nah.' Bungkusan ditangan beralih arah.
'Apa ni?'
'Koleksi parkour yang kau nak. Adelaide's version.'
Si dia minat parkour. Tetapi tidak sekali pun aku melihatnya melakukan apa- apa aksi. He likes extreme sport but so introvert? Unik.
'So Sarah, kenapa ambil medic instead of arts?'
'My ex suka arts. Aku pandai melukis bagai ni bukan atas bakat tapi training. Train to be better than him. Sampai satu tahap, aku jatuh cinta dengan arts. Tapi biasalah my family bukan jenis yang faham. Doktor pilihan pertama mereka. So, ni lah.'
'Your ex... mana?'
Aku memandang dia.
'Same as your Sarah.'
-------
Nazrol. Dia cerita pertama aku.
Saat Terakhir.
P/s
Mungkin cerita ini akan bersambung, but aku tak janji.
TERROR TAK AKU? COMMENT~ ^^V